Bismillahir-Rah
maanir-Rahim ... Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh
cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu
adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu..Apabila seorang
perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki
itu.
Andai lelaki tahu..Apabila
seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi
lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang
berantem. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada
seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.
Andai
lelaki tahu..Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk
membuat anda risih, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih
dekat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mau
kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi
untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan
cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak
sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih mengangap kamu anak
kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu
risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang
diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik
untuk kamu .
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia melebay-lebay. Dia bukannya mahu dipujuk dengan uang
atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan
rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang
mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir
dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bilang lelaki lain itu lebih baik
dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mau menguji
kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di
matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih
ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang
terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi
tengking, dia bukan bermaksud untuk menjadi tengking, tapi dia mahu
melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikanya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai lelaki
tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak
bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan
fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia
akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda.
Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi
dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan
pada diri anda.
Andai lelaki tahu..Sememangn ya Allah
menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbedaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi
dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal
menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun
sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki
menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan
dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup
anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,
isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
No comments:
Post a Comment